Friday, June 5, 2009

Pelaksanaan Program Perubatan Islam

Perlu ditekankan di sini bahawa amalan dan perkhidmatan perubatan masa-kini yang diamalkan oleh semua bangsa dan ugama di seluruh dunia ini memang telah mematuhi apa yang dituntut oleh ugama Islam. Amalan perubatan memerlukan penerapan nilai-nilai Islam dalam segala bidang walaupun kita akui tidak boleh mencapai ke tahap pengubatan yang ideal. Namun jika perubatan tidak boleh menyembuhkan, amalan perubatan Islam yang menyeluruh sekurang-kurangnya boleh memberi kepuasan kepada pesakit dan ahli keluarga yang terlibat. Justeru itu beberapa langkah perlu diambil untuk mencapai ke tahap ini.

1) Kuri-kulum Latihan

Kuri-kulum latihan doktor dan paramedik perlulah dikaji semula untuk menerapkan nilai-nilai Islam. Kadar kaedah perubatan yang lain (alternative medicine) perlu juga diajarkan pada para doktor dan perawat yang lain. Ini bertujuan untuk memberi ilmu serta pendedahan yang lebih menyeluruh terhadap berbagai kaedah pendekatan rawatan.

2)Perkhidmatan Kesihatan

Kaedah penyampaian perkhidmatan kesihatan perlulah diubahsuai dengan menerapkan nilai-nilai Islam. Penekanan patut diberi kepada pencegahan penyakit dan mempromosikan penjagaan kesihatan diri mengikut panduan ugama serta sunnah Rasullullah.

3) Etika Perubatan Islam

Garis panduan etika perubatan Islam perlulah diamalkan oleh semua golongan perawat termasuk doktor, jururawat, therapist dan kakitangan kakitangan sokongan. Dari masa ke semasa mereka perlulah diingatkan tentang garis panduan etika ini.

4) Rangkaian Hospital dan Klinik Islam

Rangkaian hospital dan klinik Islam yang cemerlang perlulah dibina di seluruh negara. Saya percaya bahawa hospital Islam yang mempunyai ciri-ciri dan rekabentuk luaran dan hiasan dalaman yang sesuai dengan Islam akan menjadi tarikan kepada orang ramai. Hospital ini juga perlu dilengkapi dengan peralatan moden serta canggih dan dikendalikan oleh para doktor dan perawat yang mahir dan berwibawa yang sentiasa mematuhi garis panduan etika perubatan Islam. Jika rangkaian ini dapat diwujudkan tentulah “credibility” Islam, khususnya dalam bidang ilmu dan amalan kedoktoran akan meningkat bukan sahaja di kalangan orang Islam, tetapi juga di kalangan bukan Islam.

5) Sistem Pengurusan Hospital Islam

Satu sistem pengurusan Hospital Islam perlu diwujudkan. Setiap umat Islam sepatutnya berhak untuk mendapatkan rawatan yang tercanggih, terbaik dan terkini bagi mengatasi penyakitnya. Walau demikian rintangan dan kesukaran untuk mendapatkan rawatan tersebut adalah disebabkan oleh masalah kewangan khususnya di kalangan mereka yang kurang mampu. Oleh itu satu skim pembiayaan perlulah diadakan untuk menentukan setiap ummah boleh merasai rawatan yang terbaik. Skim ini boleh dilakukan dengan beberapa cara. Hospital atau klinik Islam yang menjalankan perniagaan secara komersial sepatutnya boleh menyalurkan balik sebahagian daripada keuntungannya untuk membiayai mereka yang kurang mampu. Sumber pembiayaan mungkin juga melalui sedekah dan zakat. Satu tabungan untuk pembiayaan kesihatan perlu diwujudkan di kalangan umat Islam. Saya percaya ramai hartawan, khususnya di kalangan korporat yang ingin menyumbangkan kepada tabungan untuk tujuan menjaga kesihatan ummah.

Satu lagi cara untuk mendapatkan sumber kewangan ialah menerusi saham wakaf kesihatan bagi umat Islam. Jika pembeli saham wakaf diberi pelepasan cukai pendapatan, saya percaya ramai akan membeli saham untuk tujuan amal jariah.

6. Insuran Kesihatan

Insuran kesihatan bagi umat Islam juga patut dipelopori dan ini boleh dilakukan menerusi potongan gaji, ataupun dilakukan secara mengambil polisi bagi mereka yang bekerja sendiri. Syarikat insuran yang berteraskan Islam seperti Takaful ataupun MNI Takaful, boleh mengambil bahagian dalam rancangan insuran kesihatan Islam.

Di zaman khalifah dahulu, banyak hospital-hospital yang terbaik didirikan oleh pemerintah Islam untuk tujuan amal jariah, mengabadikan perubatan Islam, serta mengembang ilmu serta amalan perubatan Islam. Disamping itu juga pemerintah boleh memberi khidmat kepada ummah melalui program kesihatan yang terbaik.

7. Penyelidikan, Penulisan dan Penjilidan

Untuk menggalakkan percambahan ilmu serta amalan perubatan Islam, satu strategi yang terpenting ialah menggalakkan doktor doktor dan ahli sains perubatan untuk menjalankan penyelidikan secara saintifik ataupun klinikal. Seterusnya hasil penyelidikan dan kajian patutlah dibentangkan dalam seminar-seminar ataupun kongres antarabangsa dan kemudian dibukukan dan dijilidkan untuk disebarkan dan diturunkan kepada satu jenerasi yang berikutnya. Dewasa ini doktor-doktor dan ahli sains perubatan sains amat ketinggalan dalam bidang penyelidikan dan penulisan. Untuk mengekalkan kecemerlangan dalam perkhidmatan perubatan Islam, segala usaha patut ditumpukan untuk menggalakkan aktiviti penyelidikan dan penulisan. Untuk mencapai ke objektif ini, peruntukan kewangan perlu diadakan bagi para penyelidik. Gabungan serta kerjasama di kalangan pakar-pakar penyelidikan di negara kita dan juga di seluruh dunia, khususnya di kalangan pakar-pakar Islam patut digalakkan dan dipertingkatkan.

8.Usahasama dan gabungan antara negara negara Islam dalam bidan perubatan

Untuk mencapai ke tahap cemerlang dalam ilmu dan amalan perubatan Islam, kerjasama dan gabungan di kalangan negara- negara Islam adalah sangat penting. Ini boleh dilakukan secara usahasama dalam bidang penyelidikan, perkembangan ilmu, pengurusan hospital, pembiayaan dan mengumpulkan dana dan sumber kewangan untuk projek hospital Islam. Seterusnya mewujudkan usahasama untuk membina kilang untuk mengeluarkan ubat-ubat yang halal bagi tujuan kegunaan semua negara negara Islam di seluruh dunia. Semua hospital-hospital di negara-negara Islam patut juga dirangkaikan supaya dapat bertukar tukar maklumat dan pengalaman melalui program Telemedicine.

Sumber : http://home.hamidarshat.com/PerubatanIslam.htm

Proses pengubatan

Setiap pesakit yang datang untuk mendapat rawatan biasanya menderita dengan kesakitan, jiwa dan emosinya tertekan. Ia mengharapkan layanan dan rawatan yang terbaik serta menaruh keyakinan dan harapan yang tinggi kepada doktor serta kakitangan yang terlibat dalam rawatan. Ia seterusnya bertawakkal kepada Allah S.W.T. agar penyakitnya sembuh. Dengan harapan dan keyakinan seperti ini, doktor dan kakitangan yang terlibat dalam rawatan pesakit, bukan sahaja perlu mempunyai ilmu, kemahiran dan kepakaran dalam bidang rawatan perubatan, ia patut juga mempunyai satu etika dan peradaban yang sesuai untuk melayani pesakit.

Ia perlu juga mempunyai keimanan dan ketaqwaan supaya ia dapat meyakinkan pesakit. Di saat-saat begini biasanya pesakit bukan sahaja mengharapkan penawar dari berbagai jenis ubatan atau tatacara rawatan, malah ia perlu sokongan emosi dan mental. Ia memerlukan segala-galanya untuk menceriakan diri dan suasana. Ia memerlukan nasihat dan bimbingan. Saat ini jugalah merupakan saat yang sangat berkesan untuk seseorang berdakwah.

Sumber : http://home.hamidarshat.com/PerubatanIslam.htm

Kriteria-kriteria Perubatan Islam

1. Ia adalah satu jurusan ilmu dan amalan yang boleh memberi perkhidmatan kesihatan yang cemerlang dan sesuai untuk semua gulongan ummah tanpa mengira bangsa, ugama atau darjat.

2. Ilmu dan amalan perubatan Islam mestilah berlandaskan aqidah Islam, dan mereka yang terlibat dalam memberi rawatan adalah orang yang mempunyai ilmu dan kepakaran dalam bidang perubatan di samping menjadi orang yang beriman dan bertaqwa.

3. Amalan perubatan Islam perlu patuh kepada undang-undang syariah Islam khususnya bagi tatacara ujian dan kaedah rawatan yang mungkin “controversial” dan boleh mengancam hak asasi manusia.

4. Amalan perubatan Islam perlu menyentuh keseluruhan manusia untuk merangkumi aspek-aspek rohaniah, mental dan fisikal. Proses pengubatan bukan sahaja melibatkan individu yang sakit sahaja, malah patut melibatkan ahli-ahli keluarga dan masyarakat.

5. Kaedah rawatan untuk pesakit sepatutnya meliputi semua cara termasuklah ubat-ubatan moden, pembedahan, kaedah rawatan tradisional dan patut dimulakan dengan doa. Semua kaedah rawatan patutlah diterima asalkan ia tidak menyebabakan seseorang itu menjadi syirik dan sepatutnya berbagai kaedah rawatan tersebut disepadukan dibawah satu bumbung.

6. Amalan perubatan mestilah berasaskan ilmu perubatan sains yang terkini dan mereka yang terlibat sepatutnya sentiasa menjalankan penyelidikan serta melakukan penulisan agar ilmu kedoktoran ini dapat disebarkan kepada semua.

Sumber : http://home.hamidarshat.com/PerubatanIslam.htm

Definisi Perubatan Islam

Tiada kata sepakat tentang definisi sebenar perubatan Islam. Ramai yang mentafsirkan istilah perubatan Islam mengikut selera atau cara-gaya mereka sendiri demi untuk mengiktiraf apa yang mereka amalkan adalah perubatan Islam sebenar. Justeru itu terdapat kekeliruan di kalangan orang ramai tentang apa sebenarnya perubatan Islam.

Perubatan Islam adalah satu bidang ilmu dan amalan yang berasaskan ilmu sains perubatan di mana terkandung di dalamnya paradigma, konsep, nilai-nilai tatacara ujian serta rawatan yang selaras dan tidak bertentangan dengan Quran dan sunnah Rasullullah s.a.w.. Ia bukannya satu kaedah rawatan yang biasanya diamalkan oleh pengamal-pengamal tradisional tetapi ia merupakan keseluruhan konsep ilmu dan amalan perubatan.

Sumber : http://home.hamidarshat.com/PerubatanIslam.htm

Zaman Kegemilangan Islam

Zaman kegemilangan pemerintahan Islam memuncak di antara tahun 900 hingga 1300 masihi. Pada zaman tersebut “empire” Islam dibawah pemerintahan khalifah telah berkembang dari Asia Barat ke benua Eropah dan bertapak kuat di negara Sepanyol, ia berkembang ke negara Russia dan ke Timur di sebahagian negara Cina. Dalam zaman kegemilangan pemerintahan tersebut muncullah para cendikiawan dalam bidang ilmu perubatan Islam seperti Al-Raziz (tahun 841 - 926), Al Zahrawi (tahun 931 - 1013), Ibnu Sina (tahun 890 - 1037), Ibnu Rusd (tahun 1126 - 1198) dan Ibnu El-Nafis (tahun 1208 - 1288). Disamping ilmu dan kemahiran kedoktoran, mereka ini juga mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang keagamaan, astronomi, fiziks, matematik dan lain-lain.

Mereka telah mengamalkan ilmu kedoktoran secara saintifik berasaskan ilmu pengetahun tentang perubatan pada ketika itu. Mereka juga telah menemui berbagai jenis ubatan daripada berbagai sumber. Berbagai kaedah rawatan termasuk pembedahan telah digunakan dan disebar luas khususnya oleh Al Zahrawi. Pengasas-pengasas perubatan Islam di zaman tersebut telah banyak menjalankan penyelidikan dan telah menulis berjilid-jilid buku teks kedoktoran yang telah diterjemahkan kepada berbagai bahasa Eropah. Malah banyak daripada buku-buku yang ditulis oleh Ibnu Sina, Al Zahrawi, Ibnu El Nafis telah digunakan oleh kolej-kolej perubatan di Eropah.

Selepas tahun masihi 1300 Masihi apabila “empire” Islam runtuh, maka ilmu perubatan Islam juga mengalami nasib yang sama. Sehingga sekarang ini, perubatan Islam tidak mendapat perhatian dunia seperti zaman pemerintahan khalifah dahulu.

Sumber : http://home.hamidarshat.com/PerubatanIslam.htm

FALSAFAH DAN AMALAN

Perubatan adalah amalan semua umat manusia dalam dunia ini tanpa mengira bangsa, keturunan atau ugama kerana sesiapa boleh diserang penyakit. Usaha untuk mendapatkan ubat bagi sesuatu jenis penyakit telah dilakukan sejak zaman Nabi Allah Adam a.s. sehingga sekarang dan usaha ini masih berterusan. Jenis penyakit kian bertambah dan lebih rumit lagi dengan perubahan cara gaya hidup manusia dan perubahan dalam alam sekitaran. Rasullullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:

“Setiap penyakit ada ubat melainkan penyakit tua dan mati”.

Walaupun berbagai jenis ubat telah dicipta oleh manusia, namun masih banyak lagi penyakit yang belum diketahui punca dan ubatnya. Umat Islam juga tidak terkecuali dari diserang dan berbagai usaha dan cara dilakukan untuk merawat penyakit. Rasullullah s.a.w. menggalakkan umatnya berusaha untuk mendapat ubat bagi setiap penyakit yang dihidapi. Malah Baginda menekankan pentingnya pencegahan penyakit melalui langkah-langkah tertentu.

Rasullullah s.a.w. sendiri mempunyai kemahiran untuk merawat setengah jenis penyakit yang tertentu. Kaedah rawatan yang diamalkan oleh Baginda berasaskan akidah dan nilai-nilai Islam. Mungkin pada zaman itu belum banyak lagi jenis ubat-ubatan yang terdapat untuk merawat berbagai jenis penyakit berbanding dengan ribuan jenis ubat farmasi dan berbagai kaedah rawatan yang ada di pasaran masakini.

Sumber : http://home.hamidarshat.com/PerubatanIslam.htm

Peringatan

i) Umat Islam digalakkan untuk mengkaji dan menganalisa dengan lebih mendalam perkara-perkara yang berhubung dengan bidang perubatan ini, samada untuk mewujudkan ubat-ubat yang lebuh mujarrab ataupun untuk mengenal pasti teknik-teknik rawatan dan pengesanan penyakit (diagnosis) yang lebih baik ataupun yang lain-lainnya, insyaAllah.

Ini berpandukan hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Kalimah yang bijaksana ialah barang yang kehilangan dari seorang yang bijaksana. Di mana saja ia mendapatinya, dialah yang lebih berhak memilikinya."
(Ibn Majah dan Tarmuzi)

Berhubung dengan ini Hasan Al-Banna telah berkata: "Islam membebaskan akal mendorong supaya menilik dan mengamati ke- jadian alam sekeliling. Islam mengangkat tinggi kedudukan ilmu dan ahli-ahli ilmu. Mengalu-alukan sesuatu yang baik dan berman- faat. Hikmah adalah suatu barang yang hilang daripada seorang mukmin di mana saja beliau mendapatinya, beliaulah yang lebih berhak memilikinya." 58

Sesungguhnya usaha-usaha yang seperti ini adalah merupakan suatu ibadah.

ii) Kadang-kadang di dalam proses pengubatan, para doktor ter- paksa membuat keputusan-keputusan Yang besar. Umpamanya ia terpaksa memilih satu di antara dua cara untuk mengubati seseorang pesakit sedangkan kedua-dua cara pengubatan itu mempunyai kemudharatan-kemudharatan yang tersendiri. Sebagai contoh, per- soalan samada perlukah suatu pembedahan yang berisiko tinggi dilakukan ataupun dibiarkan sahaja sipesakit dengan keadaannya, yang mana ini juga mempunyai risiko yang tinggi.

Kaedah yang mesti dipegang ialah:-

"Harus mengambil yang ringan di antara dua kemudharatan."

Sekiranya seseorang doktor tidak ada pilihan melainkan ter- paksa memilih satu di antara dua bentuk pengubatan yang sama sama memudharatkan, hendaklah dipilih cara pengubatan yang kurang memudharatkan dibandingkan dengan cara yang lainnya. Sebagai contoh, Ar Rasul pernah menyuruh dua sahabat Baginda memakai sutera untuk mengubati penyakit gatal mereka. Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Walaupun jelas mengikut kacamata syari'at, memakai sutera bagi lelaki adalah memudharatkan kerana ianya haram, tetapi ianya merupakan kemudharatan yang lebih ringan jika dibandingkan dengan kemudharatan yang akan menimpa jika dibiarkan penyakit gatal-gatal ini berterusan! Lantas Ar-Rasul telah memilih kemudharatan yang lebih ringan dengan mengizinkan kedua-dua orang sahabat Baginda itu memakai sutera untuk seketika.

Pembedahan (Operation)

Pada ketika-ketika diperlukan, Islam mengizinkan pembedahan dilakukan keatas sipesakit.

Menurut satu hadis:

"Nabi telah menghantar seorang tabib kepada Ubai ibn Kaab yang sedang sakit. Tabib itu telah memotong saluran darahnya dan kemudian menyelar (cauterize).
(Muslim)

Menurut satu hadis yang lain:

Abdullah ibn Abbas telah berkata: "Nabi telah berbekam dan telah memberi upah kepada sipembekam darah.
(Bukhari dan Muslim)

Berbekam bererti memotong satu bahagian badan untuk meng- eluarkan darah daripadanya. Kesemuanya ini menunjukkan harus memotong badan sipesakit untuk mengeluarkan darah dan melakukan pembedahan pembedahan lain dalam usaha untuk mengubati pesakit.

Menyapu Ubat Di Atas Kulit (Topical Application)

Ar-Rasul pernah berubat dengan cara menyapu ubat di atas kulit yang dihinggapi oleh penyakit.
Menurut satu hadis:
'Tidak mengenai Rasulullah sesuatu luka ataupun duri melainkan disapukan inai diatasnya."
(Tarmuzi)

Memasukkan Ubat Ke Dalam Rongga-Rongga Badan.

Harus juga memasukkan ubat ke dalam rongga-rongga badan sekiranya ia diperlukan untuk mengubati sesuatu penyakit.

Sesungguhnya Nabi telah menyuruh mengubati sejenis penyakit bernanah di antara hidung dan halltum dengan memasuk- kan ubat ke dalam rongga hidung sipesakit itu.
(Abu Daud)

Di dalam hadis yang lain:

Seorang wanita telah diserangi penyakit di bahagian matanya, lantas berkatalah Abdullah ibn Mas'ud: "Sekiranya kamu melakukan seperti mana yang dilakukan oleh Ar-Rasul ini lebih baik untuk kamu dan lebih layak untuk sembuh iaitu kamu memasukkan air ke dalam mata kamu dan berkata: Jauhilah penyakit. Wahai Tuhan bagi manusia, sembuhilah penyakit kerana Kamulah Yang Maha Penyembuh dan tidak ada ubat melainkan ubat kamu, penawar yang tidak akan meninggalkan penyakit."
(Ahmad, Ibn Majah dan Hakim)

Lantas harus memasukkan ubat-ubat ke dalam rongga-rongga badan seperti hidung, mata, telinga dan lain-lainnya sekiranya ini diperlukan untuk merawati sesuatu penyakit.

Memakan Ubat

Satu bentuk rawatan yang telah ditunjukkan oleh Ar-Rasul ialah memberi ubat-ubat untuk dimakan oleh pesakit-pesakit (oral medication).

Menurut satu hadis:

Seorang sahabat telah datang memberitahu Ar-Rasul bahawa saudaranya sedang diserang oleh penyakit cirit-birit. Maka Nabi pun menyuruh agar diberikan madu kepada saudaranya, untuk dimakan. Akan tetapi penyakit cirit-birit saudaranya itu tidak berkurangan malah semakin bertambah buruk. Sahabat ini telah menjumpai Ar-Rasul sebanyak tiga kali mengadukan perkara ini dan di setiap kali perjumpaan itu, Ar-Rasul menyuruh agar diteruskan memberi madu. Pada kali yang keempatnya, Nabi pun bersabda: "Allah bercakap benar dan perut saudaramu yang ber- dusta." Lantas diberikan madu untuk kali yang keempatnya, maka baiklah penyakit saudaranya itu.
(Bukhari dan Muslim)

Berpantang Ketika Sakit

Islam menyuruh mereka yang sedang mengidap sesuatu penyakit, berpantang daripada apa-apa saja, yang akan menyemarakkan dan menambahkan lagi serangan sesuatu penyakit itu.
Mengikut satu riwayat:- "Rasulullah telah memasuki rumah Ummu Munzir bersama Saidina Ali. Saidina Ali ketika itu sedang hampir sembuh daripada penyakitnya. Rasulullah pun bangun mencapai buah-buah tamar yang tergantung di dalam rumah itu untuk dimakannya dan Saidina Ali pun turut bangun untuk mengambil buah tamar seperti yang dilakukan oleh Ar-Rasul.

Lantas Ar-Rasul pun bersabda kepada Saidina Ali: "Sesungguhnya kamu hampir-hampir sembuh daripada penyakit!" Saidina Ali pun tidak jadi memakan buah-buah tamar itu. Ummu Munzir pun memasak bubur gandum dan menjamu mereka dengannya. Bersabda ArRasul kepada Ali: "Makanlah ini. Ia lebih bermanfaat untuk kamu."
(Abu Daud, Ibn Majah dan Tarmuzi)

Di dalam hadis yang lain, Suhaib telah berkata aku pun datang kepada Rasulullah, dan di hadapan Baginda ketika itu terhidang roti dan buah tamar, Bersabda Ar-Rasul: "Marilah dan makan." Maka aku pun mengambil buah tamar dan terus memakannya." Bertanya Ar-Rasul: "Adakah kamu memakan buah tamar sedangkan mata kamu sedang sakit?"
(Tarmuzi dan Al Hakim)

Walau bagaimanpun, jika sipesakit berselera mtuk memakan makanan yang sepatutnya dipantangi, maka berikanlah sedikit makanan itu kepadanya. Jangan dihalangi sama sekali daripada menjamahnya, keran andaikata dihalangi ini akan mendatangkan lebih banyak kemudharatan daripada kemudharatan apabila ia memakan sedikit sahaja daripada makanan itu.

Satu ketika Saidina Ali telah datang kepada Nabi dan ketika itu ia (Saidina Ali) sedang sakit mata. Di hadapan Ar-Rasul ketika itu terhidang buah-buah tamar yang sedang dimakannya. Bersabda Ar- Rasul "Ya Ali, adakah kamu teringin kepada buah tamar ini?" (Abu Nuai'm dan Ibn Majah - Hadis Hasan) Maka Ar-Rasul memberikan sebiji-sebiji buah-buah tamar kepadanya hingga genap tujuh biji. Selepas itu Baginda bersabda: "Cukuplah setakat ini"
(Abu Nuai'm dan Ibn Majah -- Hadis Hann)

Adapun tentang makanan-makanan lain yang tidak harus dipantangi oleh sipesakit, berikanlah apa saja yang disukainya.

Satu ketika Ar-Rasul telah memiarahi seorang sahabat yang sedang sakit dan bertanya kepadanya: "Apakah makanan yang kamu terasa suka untuk memakannya?"
Jawabnya: "Aku teringin hendak memakan roti gandum."

Bersabda Ar-Rasul:
Kemudian bersabda Ar-Rasul:
"Sesiapa yang mempunyai roti gandum, maka hantarlah ia kepada saudaranya."
"Sekiranya seseorang pesakit di antara kamu berkehendakkan sesuatu berikanlah makanan itu kepadanya."
(Ibn Majah)

Kesimpulannya:- Sekiranya sipesakit perlu dipantangi daripada sesuata makanan, janganlah diberikan makanan itu kepadanya. Tetapi kalau ia berkeinginan juga untuk menjamahnya berikanlah sedikit makanan itu kepadanya. Adapun makanan-makanan lain berikanlah mengikut kesukaannya.

Menganalisa Untuk Memastikan Punca Penyakit

Pada dasamya Islam (dibidang perubatan) menerima hakikat bahawa tanda-tanda zahir penyakit (symptoms) yang sama bukan bermakna punca dan sebab penyakit juga adalah sama.
Perhatikanlah apa yang Ar-Rasul sabdakan tentang darah istihadhah:

"Ia adalah berpunca dari saluran darah dan bukanlah ia darah haidh..."
(Bukhari dan Muslim)

Daripada ini jelas menunjukkan, walaupun seseorang wanita boleh mengalami keadaan keluamya darah daripada farajnya, akan tetapi sebabnya mungkin berbeza. Satu disebabkan oleh penyakit disaluran darah yang di panggil sebagai istihadhah dan sebab yang lain ialah haidh. (Diseases with the same symptoms but different causes).

Islam menekankan aspek memastikan punca penyakit untuk tiap-tiap penyakit terlebih dahulu sebelum diberikan ubat. Ini disebabkan, sekiranya ubat yang salah di berikan kepada pesakit, akibatnya lebih membahayakan daripada mendatangkan kemanfaatan. Oleh itu ubat yang diberikan mestilah mampu, dengan izin Allah, mengubati punca sesuatu penyakit (cause), bukan hanya mampu mengurangkan tanda-tanda zahir penyakit itu (symptomatic treatment).

Perhatikanlah sabda Ar-Rasul tentang penyakit yang dibawa oleh lalat:

"Jika terjatuh lalat di dalam bekas (air atau minuman) seorang di antara kamu, maka hendaklah dibenamkannya kemudian dikeluarkannya, kerana sesungguhnya salah satu daripada dua sayapnya mempunyai penawar dan sayapnya yang lain mempunyai penyakit."
(Bukhari)

Di dalam hadis ini, Ar-Rasul memberi isyarat tentang kepentingan menghapuskan punca penyakit dengan ubat yang tertentu. Ar-Rasul tidak menyuruh sahabat-sahabat Baginda membiarkan saja racun dari lalat itu dimakan dan kemudian apabila kelihatan tanda-tanda racun itu dibadan (symptoms), maka terus diubati sahaja tanda-tanda zahir itu. Akan tetapi Ar-Rasul menyuruh kita memusnahkan punca penyakit ini dari awal-awal lagi, dengan menyuruh sahabat- sabahat membenamkan lalat itu didalam bekas makanan ataupun minuman. Ini merupakan suatu peringatan tentang kepentingan memusnahkan punca penyakit di dalam usaha-usaha pengubatan.

Mengikut hadis yang lain riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi telah mengubati penyakit sihir yang menimpa Baginda dengan mengeluarkan bahan-bahan sihir daripada sebuah perigi dan kemudian membuangnya. Ini juga merupakan petanda bahawa pengubatan sesuatu penyakit mestilah bermula dengan memastikan puncanya terlebih dahulu dan kemudian menghilangkan atau memusnahkan punca atau penyebab sesuatu penyakit itu.

Lihatlah pula perkataan Imam Ibn Qaiyim tentang cara pengubatan penyakit pening:- "Dan cara pengubatannya berbagai-bagai kerana pelbagaian jenis dan sebab-sebabnya. Ada bentuk pening yang memerlukan pembuangan sesuatu benda dari badan. Ada yang memerlukan makanan-makanan (tertentu)..."

Perkataan Ibn Qaiyim menunjukkan kepada kita tentang kepentingan memastikan punca sesuatu 'symptom' (tanda penyakit) sebelum memulakan rawatan. Kesamaan'symptoms' penyakit-penyakit bukan bermakna kesamaan punca!. Lantas tidak salah bagi umat Islam mengujudkan makmal-makmal tertentu untuk memeriksa umpamanya, air kencing, air ludah dan sebagainya untuk memastikan punca sesuatu penyakit, sekiranya ini diperlukan. Begitulah juga diharuskan penggunaan X-ray, alat-alat ultrasounds dan lain-lainnya untuk menentukan sebab sesuatu penyakit ketika ini diperlukan.

Pengasingan Atau Isolation/Quarantine

Islam telah mengutarakan konsep pengasingan (iaitu mereka Yang sakit tidak boleh bergaul dengan mereka yang sihat terutamanya di dalam pengubatan penyakit-penyakit berjangkit).

Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

"Sekiranya kamu terdengar taun menyerang di suatu tempat, jangan kamu memasuki tempat itu. Dan sekiranya kamu berada di suatu tempat dan taun menyerang, jangan kamu keluar daripadanya."
(Bukhari dan Muslim)

Pengubatan Kejiwaan (Psychotherapy)

Cara ini, insyaAllah, amat baik jika digunakan untuk mengubati setengah pesakit-pesakit
jiwa.

Seorang doktor perlu berbincang dengan penuh kelembutan dan kebijaksanan dengan seseorang pesakit untuk mencuba menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapinya. Perhatikanlah bagaimana bijaksananya Ar-Rasul menyelesaikan masalah seorang anak muda yang berpenyakit jiwa di zaman dahulu:

Telah datang seorang anak muda kepada Ar-Rasul dan ia berkata: "Ya Rasulullah, bolehkah kamu mengizinkan saya untuk berzina?" Maka orang ramai pun menjadi riuh rendah. Lantas berkata: "Marilah kesini!" Maka pemuda itu pun menghampiri dan duduk di hadapan Ar- Rasul.
Bersabda Ar-Rasul:

"Apakah kamu suka ini berlaku kepada ibu kamu?"

Jawab anak muda itu:

"Tidak moga-moga Allah menjadikan aku tebusan untuk mu!

Bersabda Ar-Rasul :

"Begitulah juga manusia, mereka tidak menyukai ini berlaku kepada ibu-ibu mereka. Apakah
kamu suka ini berlaku kepada anak perempuan kamu?"

Jawabnya :

"Tidak, moga-moga Allah menjadikan aku tebusan untukmu!"

Bersabda Ar-Rasul :

"Begitulah juga manusia, mereka tidak menyukai ini berlaku kepada ibu-ibu

Jawabnya :

"Tidak, moga-moga Allah menjadikan aku tebusan untukmu!"

Bersabda Ar-Rasul :

"Begitulah juga dengan orang lain, mereka tidak suka ini berlaku kepada anak-anak perempuan mereka. Adakah kamu suka ini berlaku kepada saudara perempuan kamu?"

Jawabnya :

'"Tidak, moga-moga Allah menjadikan aku tebusan untukmu!"

Bersabda Ar-Rasul :

"Begitulah juga dengan orang lain, mereka tidak suka ini berlaku ke atas saudara-saudara perempuan mereka!"

Kemudian Ar-Rasul bertanya tentang emak saudaranya dan jawapannya juga tidak!
Lantas Ar-Rasul pun meletakkan tangan kanan Baginda di atas dada anak muda itu seraya berdoa:-

"Ya Allah, bersihkanlan hatinya. Ampunilah dosanya dan peliharalah kemaluannya."
Maka bangunlah anak muda itu dan tidak ada perkara yang paling di bencinya ketika itu melainkan zina
(Ahmad)

Alangkah sempurnanya pengubatan kejiwaan yang dilakukan oleh Ar-Rasul. Sesungguhnya tidaklah jiwa yang bersih sahaja yang dapat membersihkan jiwa-jiwa yang kotor? Lihatlah pula 'psychotherapy' di zaman moden ini, yang dilaksanakan oleh mereka yang hati-hati mereka bernajis. Hasilnya ialah yang berpenyakit akan bertambah penyakitnya! Perlu diingat bahawa psychotherapy ini mestilah diasaskan kepada landasan syari'at dan bukan di atas landasan kufur seperti konsep tiap-tiap perbuatan berpunca daripada kehendak-kehendak seks yang diutarakan oleh Sigmend Freud dan lain-lainnya.

Menggembirakan Pesakit

Pesakit perlu diberikan semangat dan kekuatan psikologi. Ini akan menghilangkan perasaan putus asa. Jangan sekali-sekali dikatakan kepadanya: "Awak sudah tidak ada harapan lagi!"

Telah bersabda Ar-Rasul:

"Tatkala kamu menziarahi seseorang pesakit hilangkanlah kerisauannya tentang ajalnya. Walaupun ini tidak dapat menolak sesuatu, tetapi ia dapat menenangkan jiwa.
(Ibn Majah dan Tarmuzi)

Di samping itu mintalah sipesakit mendoakan kita, kerana doanya di-makbulkan Allah.

Telah bersabda Ar-Rasul:

"Apabila kamu menziarahi seseorang pesakit, suruhlah dia berdoa untuk kamu, kerana sesungguhnya doanya seperti doa malaikat."
(Ibn Majah)

Namun di institusi-institusi perubatan sekarang, sering kita melihat para doktor, jururawat-jururawat dan lain-lainnya mengherdik dan menengking pesakit-pesakit, Ini cukup menyedihkan bukan menggembirakan mereka.

Jampi dan bertangkal

Berhubung dengan ini, mengikut satu hadis:

Sahabat-sahabat telah bertanya Ar-Rasul tentang jampi. Bersabda Ar-Rasul: "Bacakan jampi kamu kepada saya. Tidak ada salahnya dengan jampi, selagi mana tidak ada kesyirikan di dalamnya."
(Muslim)

Dengan ini menunjukkan kepada kita tentang keharusan menggunakan jampi dalam usaha-usaha pengubatan, asalkan isinya tidak bercanggah dengan aqidah Islam (iaitu jampi dengan menggunakan ayat-ayat Al-Qur'an dan doa-doa serta wirid-wirid dari Rasulullah s.a.w.) Adapun jika isi-isi jampi itu bercanggah dengan aqidah dan syari'at, maka diharamkan.

Adapun tentang penggunaan tangkal, Ar-Rasul ada bersabda:

"Sesiapa yang menggantungkan tangkal, maka Allah tidak akan menyelamatkannya....''
(Ahmad dan Hakim)

Mengikut satu hadis yang lain, Nabi telah bersabda:

"Jika salah seorang daripada kamu mengalami ketakutan diwaktu tidur, hendaklah ia mengucapkan doa (yang ertinya): "Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kemarahan siksaanNya dan dari kejahatan hamba-hambaNya dan dari bisikan-bisikan syaitan, dan agar syaitan tidak menghampiri.' Dengan itu syaitan tidak akan dapat menimpakan bencana ke atasnya." Sahabat AWullah ibn Umar telah mengajar doa ini kepada anak-anaknya yang boleh bercakap dan untuk anak-anaknya yang masih kecil, yang masih belum boleh bercakap, ia menulis doa ini untuk dijadikan tangkal untuk mereka itu.
(Abu Daud, An Nasai, Hakim dan Tarmuzi. Kata Tarmuzi - Hassan Gharib. Kata Hakim -- Sahih)
Di antara ulama-ulama yang mengharuskan penggunaan tangkal (dengan menggunakan ayat Qur'an, wirid-wirid dan doa-doa ma'thur) ialah Aisyah, Malik, Syafie, asalkan ia tidak mengiktiqadkan bahawa tangkal itu mampu menghindarkannya dari sebarang malapetaka.
Di antara ulama-ulama yang tidak mengizinkannya ialah Abdullah ibn Abbas, Abdullah ibn Mas'ud, Huzaifah, dan Imam Hanafi.

Untuk lebih berhati-hati, lebih baiklah kita tidak menggunakan tangkal di dalam pengubatan, sebab Ar-Rasul tidak pernah menggunakannya ketika berubat.

Wallahu a'alam.

Kerehatan

Pesakit-pesakit mestilah disuruh berehat untuk mengembalikan kekuatan kepada mereka. Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

"Sekiranya seseorang sedang sakit ataupun bermusafir akan dicatatkan (pahala) baginya seperti mana yang dilakukannya semasa bermukim dan sihat."
(Bukhari)

Seseorang yang sakit yang terpaksa meninggalkan amalan amalan sunat yang telah dilakukannya semasa ia sihat akan mendapat pahala yang sama seolah~lah ia telah beramal dengan ibadahibadah itu semasa ia sakit. Ini disebabkan pesakit-pesakit amnya keletihan dan kurang kekuatan diri lantas mereka perlu banyak berihat. Ini merupakan kelonggaran yang Allah berikan kepada mereka yang sakit.

Perdampingan dengan Allah dengan mengingati Allah berdoa dan bersabar

Ini disebabkan, Penyembuh yang sebenamya ialah Allah. Adalah sesuatu yang tidak masuk diakal sekiranya mereka yang sakit enggan untuk berdamping dengan Dia Yang Maha Penyembuh dan mereka bersikap menjauhkan diri daripadaNya.

i) Firman Allah:

"Ingatilah Aku nescaya Aku akan mengingatimu."
(Al-Baqarah: 152)

Ingatilah Allah, moga-moga Allah akan mengingati mereka yang sakit dengan pertolonganNya.
Ibn Hisyam meriwayatkan bagaimana Ar-Rasul bersembahyang duduk ketika sakit sebelum wafat. Menunjukkan perdampingan dengan Allah perlu berterusan walaupun ketika sakit.

ii) Bersabda Ar-Rasul:

"Kamu hendaklah mengambil dua jenis ubat:- madu dan Qur'an."
(Baihaqi dan Ibn Majah)
Membacakan Al-Qur'an merupakan ubat penting di dalam kehidupan manusia, di samping ubat-ubat lain. Pembacaan Al Qur'an akan merapatkan lagi hubungan seseorang dengan Allah.

iii)Pesakit-pesakit juga tidak boleh lupa daripada berdoa kepada Allah.

Perhatikanlah hadis ini:-

"Letakkanlah tangan kamu di bahagian yang kamu terasa sakit. Kemudian bacalah tiga kali dan kemudian bacalah sebanyak tujuh kali!"

Berkata Osman, "Aku pun melakukannya dan Allah menghilangkan kesakitan ku itu!"
(Muslim)

Si doktor juga perlu berdoa untuk si pesakit.

Lihatlah bagaimana Ar-Rasul berdoa untuk Saad ibn Waqqas:
"(3x)
"Ya Allah, sembuhkanlah Saad." (3x)
(Muslim)

iv) Di samping itu pesakit-pesakit dan para-para doktor mesti memahami bahawa
kesabaran adalah penting di samping berusaha, kerana penyakit yang menimpa akan
mengkifaratkan dosa-dosa.

Bersabda Ar-Rasul:

"Tidaklah seorang Muslim ditimpa oleh keletihan, atau kerisauan, atau kedukacitaan, atau penyakit, atau permasalahan walaupun kesakitan berupa duri (yang mengenai), melainkan ini merupakan penebus kepada dosanya."
(Bukhari dan Muslim)

Ikrar Doktor

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Dengan nama Allah yang amat pemurah lagi amat mengasihani

Saya bersumpah demi Allah ... Yang Agung

Bahawa saya akan mengingati Allah di dalam menjalankan tugas saya

Bahawa saya akan melindungi nyawa manusia disemua peringkat dan di dalam semua keadaan, melakukan dengan seberapa daya saya untuk menyelamatkannya dari maut, penyakit, kesakitan dan kegelisahan ..

Bahawa saya akan menjaga kehormatan semua orang, melindungi perkara-perkara peribadi dan mengunci rahsia mereka ..

Bahawa saya akan sepanjang masa memperhambakan diri kepada belas kasihan Allah, memberikan khidmat perubatan saya kepada yang dekat dan yang jauh, yang baik dan yang berdosa serta kawan dan lawan .. Bahawa saya akan berusaha di dalam mengejar pengetahuan dan menggunakannya untuk manafaat dan bukan untuk merosakkan manusia ..

Bahawa saya akan menghormati guru saya, mengajar doktor dibawah saya dan menjadi saudara kepada pengamal perubatan lain dan bekerjasama di dalam semangat ketaqwaan dan kebajikan ..

Bahawa saya akan menghidupkan keimanan saya semasa berseorangan atau dikhalayak ramai, mengelakkan perkara yang boleh mencemarkan saya pada pandangan Allah, RasulNya dan orang beriman yang lain. Semoga Allah menjadi saksi kepada ikrar ini.

PENDIDIKAN PERUBATAN

* Walaupun pendidikan perubatan ialah satu bidang ilmu, ia hanyalah satu urat dari jalinan kepercayaan kepada Allah, keesaan dan kekuasaan Nya, dan Dia adalah Pencipta dan yang memberikan nyawa, pengetahuan, kematian, dunia ini dan akhirat.

* Semasa merancang untuk melatih dan menghasilkan seseorang doktor, matlamat pokok ialah untuk menjadikannya seorang yang boleh dicontohi dan mempunyai ciri-ciri yang disukai Allah dan bukan yang dibenci Allah, dan dadanya dipenuhi dengan cinta kepada Allah, kepada ummah dan ilmu pengetahuan.

* Pengajar ilmu perubatan hendaklah menunjukkan contoh yang baik kepada pelajarnya, memberi pengajaran yang cukup, bimbingan yang elok dan perhatian yang berterusan di dalam dan di luar kelas dan juga sebelum dan selepas mendapat ijazah.

* Pendidikan perubatan mengutip ilmu tanpa refraktori atau prasangka. Walau bagaimanapun ia hendaklah dilindungi dan dibersihkan dari aktiviti yang boleh membawa kepada faham ateis dan kekufuran.

* Pendidikan perubatan tidak pasif dan tidak juga `autoritatif'. Ia bertujuan untuk menggerakkan aktiviti mental, memperkukuhkan penemuan-penemuan, analisis dan taakulan, menghasilkan pemikiran yang bebas dan menonjolkan persoalan yang baru. Al-Quran menyalahkan orang yang berkata; "Sesungguhnya kami dapati datuk nenek kami menurut satu jalan ugama, dan sesungguhnya kami hanya mengikut jejak mereka sahaja", satu sikap yang hanya akan membawa kepada kelembapan dan membantutkan kemajuan.

* "Keikhlasan" adalah penyembuh, pengubat, penghilang tekanan perasaan dan penggerak bagi pemulihan kesihatan. Latihan seseorang doktor menyediakannya untuk memupuk "keikhlasan" dan memberikan khidmatnya kepada pesakit dengan rahmat yang tidak terhad.

* Kurikulum perubatan hendaklah memasukkan di dalam pengajarannya perkara-perkara mengenai hukum-hakam dan ibadat yang berkaitan dengan atau dipengaruhi oleh faktor dan masaalah kesihatan yang berbeza.

* Kurikulum perubatan juga hendaklah memahamkan pelajarnya dengan warisan perubatan dan sains zaman tamaddun Islam, faktor disebalik kemunculan tamaddun Islam, yang menyebabkan kejatuhannya, dan cara-cara untuk mengembalikan zaman kegemilangannya.

* Kurukulum perubatan hendaklah menekankan bahawa amalan perubatan itu adalah satu ibadat .. bukan sahaja dari segi pendekatan kepada kepercayaan kepada Allah dengan berfikir mengenainya, tetapi juga dari segi menggunakannya untuk menolong orang yang berada di dalam kesusahan.

* Kurikulum perubatan patut mengandungi pengajaran dan pelajaran yang terdapat di dalam "Kod Islam Etika Perubatan" ini.

DOKTOR DAN KEMAJUAN BIOMEDIKAL MODEN

* Di dalam Islam tidak ada penahanan maklumat tentang penyelidikan, samaada kajian akademik yang menunjukkan tanda kewujudan Allah dan ciptaan Nya atau kajian gunaan yang bertujuan untuk menyelesaikan sesuatu masaalah.

* Kebebasan penyelidikan sains tidaklah sampai mengongkong manusia, seperti memberitahu untuk merosakkannya atau meletakkannya di dalam keadaan yang mungkin boleh membawa kemusnahan kepadanya, menafikan haknya untuk berubat, menipunya atau mengeksploit keperluan kebendaannya.

* Kebebasan penyelidikan sains tidak membenarkan penganiayaan atau penyiksaan ke atas binatang. Protokol yang sesuai hendaklah diadakan bagi memastikan binatang diperlakukan dengan baik ketika menjalankan kajian. Metodologi kajian sains dan amalan dari hasil kajian itu mesti tidak melibatkan dosa seperti zina, merosakkan sistem salasilah, mencacatkan atau mengubah keperibadian, kebebasan dan keupayaan seseorang untuk menanggung tanggungjawab.

* Profesion perubatan mempunyai hak dan bertanggungjawab dengan cara mengambil bahagian sepenuhnya di dalam perumusan dan pengeluaran fatwa mengenai kesahihan jangkaan hasil kemajuan kajian sains semasa atau dimasa hadapan. Fatwa tersebut hendaklah dipersetujui bersama oleh pakar-pakar hukum-hakam dan biosains. Pendapat yang berat sebelah biasanya tidak lengkap dari segi teknik dan perundangan.

* Garis panduan mengenai perkara yang baru yang tidak tersebut di dalam hukum atau rujukan yang ada bolehlah dibuat berdasarkan pepatah Islam: "Di mana ada kebaikan , di sana terdapat undang- undang Allah".

* Setiap pesakit adalah menjadi tanggungjawab bersama sesebuah masyarakat untuk memastikan keperluan kesihatannya tanpa memudaratkan orang lain. Ini termasuklah menderma darah kepada kes-kes pendarahan atau buah pinggang kepada pesakit buah pinggang yang tidak ada harapan untuk pulih lagi. Amalan ini adalah "Fardu Kifayah", tugas yang dilakukan oleh seseorang bagi pihak masyarakatnya. Adalah menjadi tugas profesion perubatan untuk mendidik masyarakat, termasuk menggariskan peraturan mengenai prosedur, pengurusan dan teknik serta menentukan polisi keutamaan peraturan tersebut.

* Pendermaan organ tidak boleh dilakukan dengan paksaan, memalukan keluarga, tekanan sosial atau lain-lain tekanan atau mengeksploitasi keperluan kewangan.

* Pendermaan organ tidak seharusnya memberi kesan buruk kepada pendermanya.

* Profesion perubatan memikul tanggungjawab yang berat di dalam menggariskan undang-undang dan peraturan untuk pendermaan organ sewaktu hayat atau selepas meninggal dengan dinyatakan di dalam wasiat atau keizinan dari keluarga; dan juga menubuhkan bank tisu dan organ bagi yang mana-mana boleh disimpan. Kerjasama dengan bank yang sepertinya dari luar negeri hendaklah dibuat berdasarkan bantuan dua hala. " Khalifah yang kedua, Sayyidina Umar ibnul-Khattab r.a memerintahkan jika terdapat seorang ahli di dalam suatu kumpulan yang mati kebuluran kerana kemiskinannya, maka kumpulan itu dikehendaki membayar fidyah seolah-olah mereka telah membunuhnya. Contoh ini sangat hampir dengan perbuatan membiarkan seseorang mati kerana tiada penderma darah atau buah pinggang. Terdapat dua sunnah Rasulullah s.a.w yang ada kaitan dengan isu ini. Pertama: "Kesetiaan di dalam cinta-mencintai dan kasih-mengasihani adalah seperti tubuh manusia ... jika satu bahagian diserang penyakit, kesemua bahagian tubuh akan bekerjasama melawannya. Kedua: Kesetiaan di antara satu sama lain samalah seperti batu-batu di dalam satu bangunan, setiap satu menguatkan yang lain. Allah berfirman di dalam al-Quran mengenai orang yang beriman: "Dan mereka juga mengutamakan orang orang yang berhijrah itu lebih dari diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan sangat-sangat berhajat". Amalan ini adalah lebih dari menderma buah pinggang kerana penderma masih ada satu lagi buah pinggang dan dapat hidup dengan sempurna. Hal ini dipastikan oleh doktor sebelum pembedahan dilakukan. Jika orang yang hidup boleh menderma, apa lagi yang sudah meninggal. Perbuatan mengambil jantung, ginjal, mata atau arteri untuk memanafaatkan orang yang hidup tidak "merosakkan" mayat penderma. Amalan ini adalah satu kebajikan ... dan menepati firman Allah: "Dan barang siapa yang menyelamatkan nyawa manusia, seolah-olah dia telah menyelamatkan semua manusia". Walau bagaimanapun perlu diambil perhatian bahawa mana-mana pendermaan hendaklah secara sukarela ... kerana jika tidak pemerintahan secara diktator akan mengambil organ-organ dengan paksaan dan mencabul dua hak asas didalam Islam: Hak merdeka dan hak milik seseorang. Di dalam sesuatu masyarakat yang beriman, pendermaan hendaklah dilakukan dengan murah hati sebagai satu ibadat dan kecintaan kepada Allah dan makhluknya. Kita tidak seharusnya dipaksa oleh masyarakat luar di dalam mencapai matlamat yang mulia ini.

DOKTOR DAN MASYARAKAT

* Doktor adalah seorang ahli masyarakat didalam erti kata yang sebenarnya dengan menjaga dan memelihara masyarakatnya. Rasulullah s.a.w bersabda .. Religion is to give honest advice for God and his apostle and to Muslim leaders and public.

* Misi doktor melampaui pengubatan penyakit sehingga mengambil kesemua langkah untuk mencegah penyakit dari berlaku, ini bersesuaian dengan perintah al-Quran: "Jangan biarkan tangan kamu sendiri menjerumuskan kamu kedalam kebinasaan". Rasulullah s.a.w membayangkan polisi "pencegahan" didalam sabdanya: "Apabila sesuatu daerah diserang oleh wabak jangan kamu memasukinya .. tetapi jika kamu berada didalamnya, jangan kamu keluar".

* Profesion perubatan hendaklah bertanggungjawab untuk memerangi tabiat yang merosakkan kesihatan seperti merokok, sifat pengotor dan lain-lain. Selain dari mendidik masyarakat dan kempen, profesion perubatan patut menekan dengan bersungguh-bersungguh pihak penggubal undang-undang supaya memperuntukkan undang-undang yang perlu. Pembenterasan dan pencegahan pengotoran alam sekitar termasuk dibawah kategori ini.

* Profilaksis semula jadi terhadap penyakit kelamin dan komplikasinya akibat dari pergaulan seks yang bebas terletak pada memulihkan nilai-nilai yang murni, kebersihan hati, mengawal diri dan menjauhkan diri dari merosakkan diri sendiri dan juga diri orang lain. Amalan nilai-nilai ugama ini adalah "Perubatan pencegahan" dan menjadi bidang dan tanggungjawab profesion perubatan. Di dalam sesetengah negara yang maju, penyakit gonorea dan sifilis telah sampai ke peringkat epidemik dan pihak penguasa kesihatannya meminta pihak berkuasa mengisytiharkan keadaan darurat. Tetapi yang sedihnya nasihat perubatan diberi dengan nada: tidak mengapa, tidak memalukan, perkara biasa, dapatkan nasihat perubatan serta merta jika anda mengesyaki diserang penyakit itu. Tidak ada risalah atau hebahan melalui media massa yang berani menyentuh tentang menjaga kesucian diri sebagai salah satu daripada alternatif profilaksis. Ini bertentangan dengan kempen pencegahan pencemaran, merokok, memakan gula dan lemak dan beberapa yang lain, tetapi kebebasan seks dikecualikan sebagai bidang dimana "doktor tidak patut mempersoalkan mengenai perkara akhlak dan moral ... tetapi mengubatinya sahaja".

* Seorang pengamal perubatan Muslim hendaklah mahir di dalam ajaran Islam dan mematuhinya. Ia hendaklah mengkaji dengan mendalam secara langsung segala data, fakta, bilangan dan projeksi parameter yang terdapat di dalam masyarakat Islam. Berdasarkan kajian ini, keputusan dibuat tentang apa yang patut diterima dan yang mana patut ditolak daripada pengalaman dan kesimpulan masyarakat lain. Sikap mencedok dan meniru dengan membabi buta polisi asing patut dihentikan.

* Masyarakat hendaklah memberikan kepercayaan kepada doktor supaya dipercayai dan juga haknya untuk hidup dengan selesa, mendapat pendapatan yang mencukupi dan mengekalkan kehormatannya. Doktor hendaklah membuktikan bahawa ia wajar diberikan hak- hak tersebut .. jika tidak ia boleh dihukum. "Di dalam semua masyarakat terdapat golongan yang tidak bersyukur dan jahil suka menimbulkan sensasi dan berusaha merosakkan imej orang ramai terhadap profesion perubatan. Kesan perbuatan seperti ini ialah kepada pesakit yang lemah yang tidak mempunyai pilihan dan terpaksa menyerah kepada doktor untuk rawatan perubatan atau pembedahan. Jika imej buruk doktor sudah tersemai di dalam kepala pesakit itu sudah tentu ia akan menyiksa fikirannya. Pihak akhbar khususnya, patut mengambil kira implikasi ini dan mengelakkan penyebaran maklumat yang tidak diteliti, salah atau serong. Pihak berkuasa kesihatan hendaklah mengambil tindakan undang-undang terhadap percetakan yang salah. Tindakan ini bukan sahaja melindungi doktor untuk jangka pendek, tetapi juga untuk keselamatan negara dimasa hadapan. Jika doktor sendiri berkelakuan tidak wajar atau melanggar undang-undang, profesionnya hendaklah mengambil tindakan yang keras terhadapnya .. untuk menjaga nama baik amalan perubatan.

KEMURNIAN NYAWA MANUSIA

* "Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu Kami tetapkan atas Bani Isra'il, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau kerana melakukan kerosakan dimuka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya." 5-32 (Al- Maaidah).

* Nyawa manusia adalah suci .. dan tidak boleh diambil dengan sengaja kecuali apabila dibenarkan oleh syariat Islam. Semua kebenaran tersebut adalah diluar bidang perubatan.
* Seorang doktor tidak boleh mengambil nyawa walau di atas alasan belas kasihan. Perbuatan ini diharamkan kerana ianya bukan alasan yang dibenarkan untuk membunuh. Panduan tepat didalam hal ini telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w: "Pada suatu masa dulu ada seorang tua yang tidak boleh bersabar lagi dengan derita penyakitnya lalu telah menghiris pergelangan tangannya. Pendarahan berlaku sehingga membawa maut. Allah telah marah dan berkata "umatku telah menyegerakan ajalnya ... aku haramkan kepadanya syurgaku". "Membunuh kerana belas kasihan - seperti membunuh diri - tidak boleh diterima kecuali oleh pemikiran yang tidak mempercayai hari kesudahan. Jika ini satu pemikiran yang bijak, adalah munasabah bagi hampir kesemua manusia membunuh diri untuk melepaskan diri dari kesusahan hidup ... kerana jarang kedapatan kehidupan tanpa kesusahan atau penderitaan. Dakwaan supaya pembunuhan boleh dilakukan ke atas pesakit yang tidak mempunyai harapan untuk hidup lagi yang menderita kesakitan juga disangkal. Ini ialah kerana tiada kesakitan yang tidak boleh dilegakan dengan ubat-ubatan yang ada atau pembedahan neurosurgeri yang munasabah. Satu lagi kategori ialah pembunuhan untuk melegakan penderitaan yang disebabkan oleh kecacatan. Jika pendapat ini boleh diterima, seterusnya akan ada dakwaan supaya orang-orang tua dan yang tidak berguna lagi kepada masyarakat dibunuh sebagai langkah membenteras pertambahan penduduk keperingkat yang tidak dapat ditampung oleh hasil bumi yang ada".

* Kesucian nyawa manusia meliputi kesemua peringkat termasuk embrio dan janin semasa didalam rahim lagi. Maklumat ini hendaklah diambil kira oleh seseorang doktor. Pengecualian hanyalah dibenarkan didalam keadaan terdesak (alasan perubatan) dan dibenarkan oleh Hukum Syarak. "Hal ini sangatlah bersesuaian dengan sains perubatan moden yang akhir-akhir ini telah memperkenalkan satu bidang kepakaran yang dikenali sebagai Perubatan Janin (Foetus Medicine)... untuk mendiagnosis dan merawat penyakit janin (didalam rahim), dan mereka uri tiruan untuk menyelamatkan janin yang digugurkan yang tidak boleh hidup sendirian. Polisi moden yang membenarkan penguguran tidak diterima oleh Islam, yang memberikan hak-hak tertentu kepada janin. Di- dalam Islam pengguguran melibatkan wang tebusan. Janin mempunyai hak ke atas harta pusaka dan jika semasa digugurkan ia hidup dan mati selepas itu harta yang diwarisi hendaklah dibahagikan kepada warisnya yang berhak. Jika seorang perempuan yang hamil dijatuhi hukuman mati kerana kesalahan jenayah, pelaksanaan hukuman tersebut hendaklah ditangguhkan sehingga perempuan itu melahirkan dan menyusui anaknya... walau pun jika anak itu anak diluar nikah. Dengan itu hak asas bagi janin untuk hidup adalah jelas"

* Didalam tugasnya menyelamatkan nyawa, seseorang doktor adalah dinasihati supaya menyedari had sempadannya dan tidak melanggar had itu. Jika dari segi sains satu-satu nyawa itu sudah pasti tidak dapat diselamatkan lagi, adalah sia-sia untuk dengan beraninya mengekalkan kehidupan vegetatif dengan cara penggiatan, atau memeliharanya dengan pembekuan atau cara tiruan yang lain. Tugas doktor ialah untuk mengekalkan proses kehidupan dan bukan proses kematian. Walau bagaimanapun doktor tidak boleh mengambil langkah yang positif untuk mengakhiri hayat seseorang pesakit.

* Pengisytiharan kematian seseorang adalah satu tanggung-jawab yang penting yang diberikan kepada seseorang doktor. Beliau hendaklah menyedari betapa seriusnya keputusannya itu dan membuatnya dengan penuh ikhlas dan keyakinan. Jika terdapat sebarang keraguan ia hendaklah menghilangkannya dengan perundingan atau dengan menggunakan peralatan sains yang moden.

* Bagi pesakit yang sudah tidak boleh sembuh lagi, doktor hendaklah dengan sebaik mungkin dengan memberi penjagaan yang baik, sokongan moral dan menghilangkan kesakitan dan penderitaan semasa hayatnaya.

* Doktor hendaklah mempersetujui permintaan pesakit untuk mengetahui tentang penyakitnya. Walau bagaimanapun cara menjawabnya hendaklah disesuaikan dengan pesakit itu sendiri. Adalah menjadi tugas doktor itu untuk mengkaji ketepatan psikologi pesakitnya itu. Ia tidak sepatutnya ketandusan perbendaharaan kata jika keadaan memerlukannya mengelakkan penggunaan istilah yang menakutkan atau penciptaan perkataan, ungkapan atau penerangan yang baru.

* Didalam semua keadaan, seorang doktor hendaklah berupaya menyokong kepercayaan pesakitnya dan memberikannya kesejahteraan dan ketenangan fikiran.

TANGGUNGJAWAB DAN LIABILITI

* Mengamal perubatan hanya boleh dilakukan dengan sah oleh individu yang telah diajar, dilatih dan telah lulus serta telah memenuhi syarat yang dikehendaki oleh undang-undang. Panduan mengenai hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w: "Seseorang yang tidak mempunyai ilmu perubatan adalah bertanggungjawab jika ia mengubati orang sakit."

* Dengan adanya kepakaran perubatan, kes yang bermasaalah hendaklah dirujuk kepada pakar yang berkaitan. "Setiap pakar sebaiknya disesuaikan untuk mengendalikan kes yang memerlukan kemahirannya".

* Di dalam menguruskan sesuatu kes perubatan, seorang doktor hendaklah bertindak dengan sebaik mungkin. Dengan berbuat begitu, tanpa melakukan kecuaian, setelah mengambil langkah pencegahan yang diperlukan ia tidak dipersalahkan atau dihukum walaupun jika hasilnya tidak memuaskan.

* Doktor adalah wakil pesakit ke atas tubuhnya. Penerimaan doktor oleh pesakit untuk merawatnya dianggap persetujuan ke atas apa-apa rawatan yang ditetapkan oleh doktor itu. Jika rawatan memerlukan pembedahan, persetujuan yang tersebut di atas hendaklah disahkan dengan bertulis, demi untuk melindungi doktor dari apa-apa kemungkinan. Jika pesakit menolak atau tidak bersetuju dengan rawatan yang dicadangkan, penolakan ini juga hendaklah dibuat dengan bertulis, bersaksi atau menanda tangan mengikut keadaan.

* Jika pesakit tidak bersetuju memberi keizinan kerana takut, doktor boleh membantu pesakitnya dengan memberikan ubat seperti ubat penenteram untuk menghilangkan perasaan takut tetapi tidak sampai menghilangkan atau melemahkan kesedarannya, untuk membolehkan pesakit membuat pilihannya dengan tenang dan tenteram. Sebaik-baik cara untuk mencapai tujuan ini ialah sikap doktor itu sendiri, keperibadiannya, baik-budinya, kesabarannya dan pendekatan dengan menggunakan perkataan yang betul.

* Di dalam keadaan kecemasan dan nyawa perlu diselamatkan melalui pembedahan serta-merta atau intervensi lain, Doktor boleh bertindak mengikut peraturan Islam "larangan boleh diketepikan bila perlu". Kedudukannya adalah selamat dan kukuh walau apa jua hasil tindakannya, asalkan ia telah mengikuti kaedah perubatan yang diterima dengan betul. Tindakan "jahat" dengan tidak menyelamatkan pesakit mengatasi apa yang dianggap perbuatan "baik" dengan membiarkan pesakit membuat keputusan yang merosakkan dirinya sendiri. Hukum Islam mengisytiharkan bahawa "menjahuhi" yang "buruk" lebih diutamakan dari mengambil yang "baik". Ajaran Rasulullah s.a.w menyebut " saudara kamu ketika ia benar dan juga ketika ia salah". Apabila para sahabat bersetuju dengan membantu saudara jika ia benar tetapi hairan dengan memberi bantuan jika bersalah, Rasullullah s.a.w bersabda: "Cegahlah dia dari melakukan kesalahan .. kerana inilah bantuan yang diperlukannya". " Sebagai kesimpulan, kriteria ugama yang asas yang boleh melindungi Pengamal Perubatan / ialah :

1) Kelulusan yang diiktiraf

2) Penerimaan seseorang doktor oleh pesakitnya

3) Keikhlasan seseorang doktor dengan bertujuan hanya untuk mengubati pesakitnya

4) Ketiadaan kesalahan yang tidak boleh dimaafkan seperti yang dijelaskan didalam undang-undang perubatan.

TUGAS DOKTOR SEMASA PERANG

* Semenjak dari peperangan-peperangan awal Islam lagi, undang- undang telah ditentukan bahawa tentera yang cedera dilindungi oleh kecederaannya dan begitu juga orang tawanan. Orang-orang yang beriman dipuji didalam al-Quran kerana: "Mereka juga memberikan makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan (serta berkata dengan lidah atau hati): sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih". Rasulullah s.a.w bersabda kepada sahabat, " Aku mengamanahkan tawanan perang ini kepada belas kasihan kamu" .. dan mereka menunaikannya .. sehingga memberikan keutamaan kepada tawanan itu dengan memberikan sebaik makanan yang mereka makan. Perlu diingat bahawa kejadian ini berlaku tiga belas kurun sebelum Konvensi Geneva dan penubuhan Palang Merah.

* Apa jua perasaan seorang doktor dan di mana jua mereka berada, dia hendaklah tetap dengan tugas dan tanggungjawab yang satu iaitu melindungi nyawa dan mengubati orang yang sakit dan tercedera.

* Bagaimana jua kelakuan musuh, doktor Muslim tidak akan menukar arahnya .. kerana kedua belah mencerminkan kod perilakunya sendiri. Allah menjelaskan di dalam al-Quran: "Dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan".

* Sebagai sebahagian daripada keluarga perubatan antarabangsa, doktor Muslim hendaklah menghulurkan pertolongan secara menyeluruh untuk melindungi dan menyokong tugas professi perubatan yang mulia ini .. adalah menjadi satu rahmat kepada umat manusia jika peranan perikemanusiaan ini dimainkan oleh kedua pihak yang berperang.

* Professi perubatan tidak mengizinkan sumber teknikal, saintifik atau lain-lainnya digunakan dengan cara pengkhianatan, merosakkan atau mencederakan manusia di dalam bentuk fizikal, psikologi, moral atau lain-lain kecederaan .. dengan tidak mengira kepentingan politik atau ketenteraan.

* Amalan doktor hendaklah lurus dengan menawarkan perkhidmatan rawatan dan pengubatan kepada kawan atau musuh, pada peringkat peribadi atau umum.

KERAHSIAAN PROFESIONAL

Orang-orang yang beriman diperintahkan menyimpan rahsia orang lain ... lebih-lebih lagi jika orang itu seorang doktor, kerana orang akan memberitahu rahsia dan meluahkan perasaan kepada doktor mereka dengan rela hati, yakin dengan kerahsiaan profesional yang dipegang oleh profesion perubatan semenjak awal zaman lagi. Rasulullah s.a.w bersabda bahawa tiga ciri-ciri orang munafik ialah: "Bila dia bercakap dia bohong, bila dia berjanji dia mungkir dan bila disuruh pegang amanah dia khianati". Seorang doktor hendaklah merahsiakan seketatnya segala maklumat yang diperolehinya melalui penglihatan, pendengaran atau secara kesimpulan. Semangat keIslaman juga memerlukan butir-butir di dalam undang-undang patut menekankan hak pesakit untuk melindungi rahsia mereka yang telah diluahkan kepada doktor. Pengkhianatan keatas amanah ini akan menjejaskan imej amalan perubatan, selain dari menjauhkan kumpulan tertentu dari mendapatkan bantuan rawatan perubatan.

PERHUBUNGAN DOKTOR-PESAKIT

* Segala tindakan yang diambil oleh doktor adalah demi kepentingan pesakit dan bukan disebaliknya. Kesihatan adalah matlamat akhir, dan rawatan perubatan hanyalah caranya sahaja .. "pesakit" adalah tuan dan "doktor" sentiasa bersedia untuk memberikan khidmatnya. Rasulullah s.a.w bersabda "Yang kuat hendaklah mengikut langkah yang lemah, kerana yang lemah itulah dijadikan panduan untuk menentukan kadar langkah perjalanan. Peraturan, penjadualan, jadual waktu dan perkhidmatan hendaklah disusun untuk disesuaikan dengan pesakit demi untuk kebajikan dan keselesaannya dan hendaklah diutamakan. Seterusnya barulah keutamaan lain diambil kira.

* Status keutamaan terpenting diberikan kepada pesakit kerana selagi ianya seorang pesakit .. tidak kira siapa orang itu atau apakah jawatannya, seorang pesakit itu tertakluk kepada penyakitnya dan bukan status sosial, kuasa atau perhubungan peribadinya. Cara seorang doktor menguruskan pesakitnya yang ramai menggambarkan secara tepat kejujurannya.

* Bidang kebajikan, kesaksamaan, toleransi dan kesabaran seseorang doktor hendaklah cukup luas untuk merangkumi waris, kawan dan orang-orang yang mengambil berat tentang seseorang pesakit .. tetapi tanpa mengenepikan apa yang telah ditentukan oleh "kerahsian profesional".

* Kesihatan adalah satu keperluan asas manusia dan bukanlah satu kemewahan. Seterusnya professi perubatan adalah lain dari yang lain kerana seseorang pesakit tidak akan dinafikan perkhidmatan perubatan walau pun jika ia tidak mampu membayar yuran yang diperlukan. Badan penggubal undang-undang perubatan patut memastikan perkhidmatan perubatan diberikan kepada semua yang memerlukan dengan melulus dan melaksanakan undang-undang dan peraturan yang perlu.

* Di dalam perkhidmatan persendirian, yuran yang dikenakan oleh seseorang doktor adalah haknya yang sah .. dan pendapatannya adalah sah .. dan hanya dikawal oleh perasaan hatinya sendiri, dengan menyedari bahawa Allah itu sentiasa melihat.

* Jika di atas sebab-sebab terdesak atau kecemasan, seorang pesakit yang miskin dirawat oleh seorang doktor, adalah menjadi tanggungjawab beliau supaya bertimbang rasa dan murah hati, dan mengelakkan apa-apa yuran yang dikenakan tidak menambahkan lagi beban pesakit itu. Memberi sesuatu kepada yang miskin samalah seperti memberikan kepada Allah kerana zakat itu bukan hanya dituntut dari harta benda tetapi juga ke atas ilmu dan kemahiran. Profesion perubatan pada asasnya ialah tugas untuk membantu manusia di dalam kesusahan dan bukan mengeksploit pesakitnya.

* Sungguh pun seorang doktor berhak mencari pendapatan yang halal dan hidup dengan selesa, beliau hendaklah sentiasa menghormati piawai professinya yang tinggi dan menegakkannya sebaik mungkin. Dia tidak melibatkan diri dengan aktiviti propaganda, menerima komisen atau memotong pendapatan atau perbuatan salah yang sepertinya.

PERHUBUNGAN DIANTARA DOKTOR

* Seorang doktor adalah saudara kepada setiap doktor yang lain dan rakan sejawat di dalam satu misi yang mulia sebagai menyahut seruan Allah seperti di dalam firman-Nya: "Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan".

* Para doktor adalah bertanggungjawab ke atas penjagaan kesihatan sesebuah negara .. dan saling membantu di antara bidang-bidang kepakaran, dari segi pencegahan atau pengubatan, di sektor swasta atau perkhidmatan kerajaan .. kesemuanya mematuhi etika dan peraturan profesion mereka.

* Sebagai satu kumpulan profesional sesebuah negara, para doktor adalah bertanggungjawab merangka perancangan dan mengambil langkah dan mewujudkan tradisi dan peraturan yang perlu untuk membolehkan mereka secara kumpulan atau perseorangan menjalankan tugas sebaik mungkin.

* Di dalam semangat persaudaraan, seorang doktor mestilah menghormati rakan sejawatnya di belakangnya. Ia hendaklah menawarkan kepada rakannya nasihat dan/atau pertolongan bila diperlukan. Seorang doktor tidak boleh mengkhianati rakannya dengan mengumpat di belakangnya .. atau menyebut kekurangannya atau mencemarkan nama baiknya atau mempamerkan kelemahannya. Ia tidak sekali-kali mengkhianati saudaranya. Walau bagaimanapun ikatan ini tidak membebaskan seorang doktor dari berkata benar di dalam memberi keterangan perundangan atau di dalam membantu mencegah jenayah : seperti yang telah ditentukan oleh undang-undang.

* Perhubungan di antara doktor ialah satu perhubungan yang bantu membantu dan bukan pertentangan .. dan bekerjasama dengan ikhlas demi kepentingan pesakit. Jika lebih dari seorang doktor merawat seorang pesakit, maklumat perubatan tidak sepatutnya dirahsiakan di antara doktor yang merawat pesakit itu. Maklumat ini hendaklah diperkatakan dengan jelas atau ditulis dengan terang dan jelas. Maklumat ini hendaklah dirahsiakan dikalangan personel perubatan tanpa dibocorkan.

* Jika timbul kesangsian, adalah menjadi tanggungjawab doktor yang merawat (dan hak pesakit) supaya satu rundingan diatur atau kes itu dirujuk kepada seorang pakar. Amalan ini juga disebut didalam al-Quran: "Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan jika kamu tidak mengetahui". Pakar yang dirujuk akan mengambil langkah yang difikirkan perlu .. tetapi akan memberitahu doktor yang merujuk perkembangan semasa dan juga seterusnya.

* Adalah menjadi tanggung-jawab seorang doktor untuk menyampaikan hasil pengalamannya, pengetahuan dan ketajaman kemahirannya kepada doktor yang lebih muda. Dia hendaklah bersedia untuk menyumbangkan khidmatnya di dalam pengajaran dan latihan .. kerana "Orang yang menyembunyikan ilmunya dikutuk", dan kerana ini adalah sahutan kepada hak rakan seperjuangan, pesakit dan profesion secara amnya dari satu generasi ke generasi yang lain. "Di dalam konteks ini kita patut mengingati sabda Rasulullah s.a.w "Apabila mati seorang anak Adam maka terputuslah segala hubungan kecuali tiga perkara: Amal jariahnya, ilmu yang telah dimanafaatkannya, dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan untuknya".

* Para doktor hendaklah sentiasa bekerjasama dan bersedia untuk membantu antara satu sama lain dengan serta-merta jika rakan atau keluarganya terkena sakit, atau di dalam hal-hal kesusahan, keperluan, kecacatan atau kematian.

* Pada zaman ini seorang doktor bukan lagi seorang individualis seperti zaman silam ... kerana perawatan perubatan sekarang memerlukan satu pasukan - selain dari doktor dan jururawat, juga diperlukan perkhidmatan makmal, fisioterapi, kebajikan perubatan, dan personel lain. Seorang doktor hendaklah memupuk semangat berpasukan dan kerjasama yang sempurna supaya pasukannya dapat menghasilkan perkhidmatan penjagaan pesakit yang terbaik.
* Kod ini meliputi juga kesemua personel dari semua peringkat di dalam semua bidang penjagaan kesihatan.

Perwatakan Pengamal Perubatan

WATAK SEORANG DOKTOR

* Seseorang doktor mestilah terdiri dari kalangan orang yang percayakan Tuhan, menunaikan hah-hak-Nya, menyedari keagungan-Nya, mentaati perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, dan mematuhi-Nya di dalam persembunyian atau khalayak ramai.

* Seseorang doktor mestilah mempunyai sikap yang bijaksana dan boleh menjadi penasihat yang menarik. Ia hendaklah menjadi penggalak, tidak pelemah semangat, berwajah tersenyum dan tidak masam, penyayang dan tidak membenci dan penyabar. Ia tidak mungkin tunduk kepada perasaan dengki atau kurang rasa belas kasihan. Ia mestilah menjadi alat kepada keadilan Tuhan, kemaafan dan bukan hukuman, perlindungan dan bukan pendedahan.

* Ia mestilah menjadi seorang yang tenang dan tidak gopoh walau pun ketika ia benar .. jujur di dalam percakapannya walaupun bila bergurau .. lembut suaranya dan tidak bising atau kasar, bersih serta kemas dan tidak selekeh atau kusut-masai .. boleh dipercayai dan di dorongi supaya di hormati .. bersikap sopan di dalam urusannya dengan yang kaya atau miskin, rendah atau tinggi kedudukannya .. dapat mengawal ketenangan hatinya dengan baik .. dan tidak mungkin mengkompromi kemuliaannya, tetapi lembut dan "forebearing".

* Seorang doktor mestilah sedar dengan sepenuhnya bahawa nyawa adalah kepunyaan Allah .. hanya dikurniakan oleh-Nya .. dan mati adalah kesudahan hayat seseorang dan permulaan satu penghidupan yang baru. Kematian adalah satu kebenaran yang teguh .. dan adalah kesudahan bagi semua kecuali Allah. Di dalam professionnya seorang doktor berjuang untuk menyelamatkan dan mempertahankan nyawa sahaja sebaik mungkin, seberapa yang terdaya olehnya.

* Seorang doktor mestilah mempamerkan contoh yang baik seperti menjaga kesihatannya sendiri. Adalah tidak wajar baginya jika segala peraturan yang dianjurkannya tidak dituruti oleh diri- nya sendiri. Ia tidak sepatutnya membelakangkan diri terhadap pengajaran dari kemajuan ilmu perubatan, kerana ia tidak boleh mempengaruhi pesakitnya kecuali dia sendiri menunjukkan bukti yang meyakinkan .. Allah menerangkan di dalam al-Quran "dan jangan kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan". Rasulullah s.a.w bersabda "badan kamu mempunyai hak ke atas diri kamu" .. dan pepatah ada menyebut "no harm or harming in Islam".

* Seorang doktor sentiasa jujur bila berkata, menulis atau memberi keterangan. Ia hendaklah tidak terpengaruh oleh kepercayaan ugama, tamak haluba, persahabatan atau tekanan pemerintah supaya membuat kenyataan atau memberi keterangan palsu. Memberi keterangan adalah satu tugas yang sangat besar dan serius di dalam Islam. Rasulullah s.a.w pernah bertanya kepada para sahabat "mahukah aku beritahu kamu apakah dosa yang paling besar ?" Apabila mereka berkata ya baginda bersabda "mensyirikkan Allah, tidak memenuhi tanggungjawab terhadap ibubapa .." dan selepas berhenti sejenak baginda berulang-ulang bersabda "dan sesungguhnya memberi ucapan bohong atau keterangan palsu".

* Seorang doktor mestilah mempunyai satu tahap pengetahuan ilmu hukum, ibadat dan asas ilmu Fiqah untuk membolehkannya memberi nasihat kepada pesakit yang memerlukan panduan mengenai kesihatan dan keadaan tubuh badan untuk dikaitkan dengan amalan ibadat. Manusia boleh terdedah kepada gejala penyakit atau keadaan fisiologi seperti hamil, dan perlu mengetahui hukum berkaitan dengan sembahyang, puasa, menunaikan haji, merancang keluarga dan lain-lain..

* Walaupun "larangan boleh diketepikan bila perlu", seorang doktor Muslim hendaklah mengelak dari menggunakan ubat-ubatan atau cara terapi (pembedahan, perubatan am atau terapi perangai) yang diharamkan oleh Islam.

* Peranan seorang doktor ialah penggerak (mangkin) kepada kehendak Allah, Pencipta, supaya nyawa dan kesihatan dipelihara. Ia hanyalah bertindak sebagai alat Tuhan di dalam meringankan penyakit manusia. Oleh itu seorang doktor hendaklah bersyukur dan sentiasa memohon pertolongan dari Allah. Ia hendaklah sentiasa merendah diri, bebas dari keangkuhan dan kemegahan dan tidak bercakap besar atau mengagong-agongkan diri sendiri melalui percakapan, penulisan atau pengiklanan secara langsung atau tersembunyi.

* Seorang doktor hendaklah sentiasa mengikuti perkembangan semasa kemajuan sains dan pembaharuan. Kecergasan atau kemalasannya dan pengetahuan atau kejahilannya, secara langsung memberi kesan ke atas kesihatan dan kesejahteraan pesakitnya. Tanggungjawab keatas orang lain menghadkan kebebasannya menggunakan masa. Sepertimana orang miskin dan yang memerlukan mempunyai hak yang diiktiraf keatas orang yang berada, begitu juga pesakit mempunyai hak ke atas sebahagian dari masa seorang doktor untuk diluangkan dibilik bacaan dan mengikuti perkembangan ilmu perubatan.

* Seorang doktor juga perlu mengetahui bahawa mendalami ilmu di dalam Islam mempunyai dua tujuan. Selain daripada kegunaan dari aspek terapeutik, mendalami ilmu itu sendiri ialah suatu ibadat, seperti yang ditunjukkan di dalam al-Quran: "dan berdoa dengan berkata .. Wahai Tuhan ku .. tambahilah ilmuku". dan: "Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu" .. dan: "Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat".

DEFINISI PROFESION PERUBATAN

DEFINISI PROFESION PERUBATAN

* "Therapeusis" ialah profesion yang mulia ... Allah merestuinya dengan menjadikan mukjizat kepada Isa anak Mariam a.s. Nabi Ibrahim a.s. semasa mengira pemberian Allah kepadanya termasuklah "Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku"

* Sepertimana kesemua bidang pengetahuan, pengetahuan perubatan adalah sebahagian daripada ilmu Allah "Yang mengajar manusia apa yang tidak pernah diketahui oleh manusia". Menuntut ilmu perubatan memerlukan pendedahan kebesaran Allah dengan ciptaan-Nya. "Dan juga pada diri kamu sendiri ... Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu )". Amalan perubatan membawa manusia dekat kepada belas kasihan Allah. Oleh itu amalan perubatan adalah satu ibadat dan kebajikan selain daripada kerjaya untuk mencari rezeki.

* Walau bagaimanapun rahmat Allah boleh sampai kepada semua manusia termasuk yang baik dan yang jahat, yang berbudi dan yang busuk hati dan kawan serta lawan - samalah seperti cahaya matahari-Nya, keselesaan bayu-Nya, kesejukan air-Nya dan pemberian-pemberian-Nya yang banyak. Dan pada asas inilah profesion perubatan harus beroperasi, mengikuti lunas-lunas rahmat Allah tanpa menimbulkan permusuhan atau membuat apa-apa hukuman, tidak sekali-kali menjadikan keadilan sebagai matlamat tetapi belas kasihan, di dalam apa jua situasi dan keadaan.

* Dari segi ini profesion perubatan hanyalah satu-satu profesion yang tidak mungkin tunduk kepada tekanan sosial yang di sebabkan oleh permusuhan atau perselisihan peribadi, politik atau ketenteraan. Kepimpinan yang bebas dari kejahilan dapat mengekalkan keutuhan profesion perubatan dan melindungi kedudukannya dari permusuhan dan perseteruan.

* Menyediakan perkhidmatan perubatan adalah satu tuntutan agama ke atas masyarakat, iaitu fardu kifayah yang boleh disempurnakan bagi pihak masyarakat oleh anggota-anggotanya yang mempelajari perubatan. Adalah menjadi tugas kerajaan untuk memastikan keperluan doktor di dalam pelbagai kepakaran untuk negara. Di dalam Islam tugas ini adalah tanggungjawab pemerintah negara.

* Kepakaran perubatan yang tidak terdapat di dalam negeri mungkin diimport. Adalah menjadi tanggungjawab negara untuk menyediakan keperluan ini.

* Adalah menjadi kewajipan negara juga untuk memilih calon-calon yang sesuai dari kalangan pemuda-pemudi tempatan untuk dilatih sebagai doktor. Tanggungjawab yang jelas ialah menubuhkan sekolah, fakulti, klinik, hospital dan institusi yang dilengkapkan dengan peralatan dan kakitangan yang secukupnya untuk tujuan tersebut.

* "Perubatan adalah satu keperluan agama bagi satu-satu masyarakat. Dari segi pengertian ugama, apa jua yang diperlukan untuk sesuatu keperluan, secara otomatik akan menjadi "keperluan". Oleh itu pengecualian dari sesetengah hukum umum harus dibuat untuk membolehkan pelaksanaan pengajaran perubatan. Contohnya, pemeriksaan rapi badan manusia sama ada hidup atau mati tanpa mencabul kehormatan seseorang, semasa hidup atau mati dan sentiasa di dalam ketaatan kepada ugama dan menyedari kehadiran Allah.

* Pemeliharaan nyawa seseorang hendaklah merangkumi penghormatan terhadap kemuliaan, perasaan kelembutan orang itu dan juga tanpa mencabul sentimen dan anggota tubuhnya. Seorang pesakit berhak menerima layanan yang sepenuhnya, penjagaan dan perasaan selamat semasa bersama doktornya. Keistimewaan seseorang doktor yang diberi pengecualian dari sesetengah hukum umum hendaklah disertai dengan rasa tanggungjawab yang lebih dan menjalankan tugasnya dengan penuh teliti dan cemerlang dibawah pemerhatian Allah. "kecemerlangan memerlukan kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya. Walaupun kamu tidak melihat-Nya Allah sentiasa melihat kamu."

"Imam Ghazali menganggap profesion perubatan sebagai fardu kifayah, satu tugas yang mesti dilakukan oleh sesetengah ahli di dalam satu-satu masyarakat. Amalan ini lazim dilakukan kerana keperluan kesihatan adalah satu keperluan asas. Jika kesihatan terjejas, apa jua di dunia ini tidak dapat dinikmati."Untuk tujuan pengubatan, pengamal perubatan dibenarkan melihat bahagian tubuh yang tertutup dan juga bahagian sulit. Kelonggaran ini dibuat berdasarkan kaedah ilmu hukum "larangan diketepikan bila perlu" ... dan menepati ajaran al-Quran yang "membolehkan membuat sesuatu tetapi bukan dengan niat jahat". Pada zaman awal Islam pasukan perubatan wanita menyertai tentera Rasulullah s.a.w di medan pertempuran untuk merawat tentera yang tercedera dan membalut luka di mana-mana juga bahagian badan.
Alasan ini menjadikan pendapat di atas tidak boleh dipertikaikan lagi atau menimbulkan perselisihan pendapat. Keperluan untuk mengimpot kepakaran perubatan dari kalangan orang bukan Islam untuk mengubati orang Islam hanya boleh diputuskan berdasarkan keadaan pesakit dan keupayaan doktor. Semenjak dahulu lagi negara Islam mengambil doktor Kristian dari Jundishapur untuk bekerja dan melayan mereka dengan baik sekali. Sebagai ingatan, pemandu jalan Rasulullah s.a.w semasa berhijrah ialah Abdullah Ibn Uraikit, seorang bukan Islam. Ia dipilih kerana kejujurannya dan juga pengetahuan yang baik mengenai jalan yang dilalui.

Pengenalan

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN SEGALA PUJI BAGI-NYA
Pengenalan

Kemajuan semasa di dalam bidang perubatan dan sains kehidupan telah memperolehi ciri-ciri revolusioner ... dan menjuarai kemajuan di dalam bidang teknologi perubatan dan kejuruteraan manusia yang sungguh membanggakan. Seperti daya kuasa lain, biosains juga perlu dimanfaatkan untuk kebajikan manusia dan perlu dibimbing supaya tidak disalahgunakan menjadi kuasa penghancur seperti yang berlaku kepada fisi nuklear di masa yang lalu. Di waktu kebangkitan penggunaan perjumpaan moden reproduksi manusia, keturunan, DNA rekombinasi dan sintesis ubat-ubatan yang boleh memberi kesan kepada kelakuan, generasi sekarang sedang menyaksikan satu cabaran yang hebat terhadap warisan nilai-nilai moral dan tatacara kelakuan.
Di dalam usaha untuk mengekalkan ilmu manusia pada jalan yang ditentukan oleh Allah, kerana Allah telah menghantar manusia ke bumi sebagai khalifah-Nya menakluki bumi. mempelajari undang-undang Allah dan menggunakannya untuk jalan kebaikan, maka dengan itu dokumen ini telah dibentangkan di Persidangan Antarbangsa Perubatan Islam yang pertama yang telah diadakan di Kuwait sewaktu menjelangnya kurun ke-15 Hijrah. (6-10 Rabiul Awal 1401: 12-16 Januari 1981). Dokumen ini telah disahkan oleh persidangan sebagai tatacara Etika Perubatan Islam .

Adalah diharapkan penerimaan dokumen ini oleh badan-badan perubatan di dunia Islam akan menjadi bidang untuk bekerjasama .. di waktu terdapat banyak perbedaan yang memisahkan kita semua. Adalah diharapkan setiap doktor Muslim akan mendapat cahaya pedoman dari dokumen ini dengan mengekalkan perilaku profesinya mengikut garis panduan ajaran Islam. Penuntut perubatan dan paramedik hendaklah menjadikan dokumen ini sebagai panduan bagi masa hadapan. Dengan itu mereka akan lebih bersedia untuk menempuh dunia profesi mereka dan tahu apa yang hendak dibuat dan apa yang patut dihindari dan bersedia untuk menghadapi apa-apa tekanan, godaan atau kekeliruan. Kepada ahli sains perubatan dokumen ini dapat membantu mereka di dalam menentukan arah tujuan menggunakan maklumat sains dan teknologi untuk kebajikan manusia dan bukan kearah bahaya atau kehancuran. Kami yakin rakan seperjuangan yang bukan Islam juga dapat melihat di dalam dokumen ini gambaran kehendak Tuhan tentang apa yang patut dilakukan oleh manusia dan bagaimana melakukannya. Kepada Allah kita percaya .. dan kepadaNya kita memohon panduan.